Translate

Monday 23 April 2012

Sayang…Bahagiakah Kita? | iluvislam.com discover the beauty of islam

Sayang…Bahagiakah Kita? | iluvislam.com discover the beauty of islam

magnum vs super ring


angin saya petang ini dihiburkan dengan memakan snek kegamaran super ring dan ais krim coklat magnum..

rasa letih sikit bekerja ari nie.. nak ceriakan mood  hati pergi lah beli ais krim pas balik keja..huhu.. beli pula kat stesen minyak.. memang banyak pilihan ais krimlah.. best gak rasa ais krim terbaru nie.. tengah hot promosi saya ada rasa tergoda lah dengan gambar- gambar ais krim melekat kat kedai tu


lepas jew makan ais krim, makan snek lah pula.. tengah-tengah syok makan teringatlah pula saya pada kenangan waktu kecil-kecil dulu.. dulu saya nie memang pengemar super ring. rasa keju dulu terbaiklah.. sekarang al maklumlah barang dah naik harga..hak..hak..hak..

~lot of the rings~

kalo nak tahulah kan.. zaman kecil-kecil dulu saya suka makan sambil bermain macam nie lahh.. abis tangan dan jari jemari melekat pewarna merah snek nie.. bila dah siap susun cincin-cincin emas nie baru lah saya makan. Sampaikan adik-adik saya terliur bila saya buat cam ni.. diorang pun terikut-ikut buat sama macam kakak.. kakak dah berjaya menarik minat adik-adik dan mempengaruhi nya..huhu
~seronok tau main-main cam nie..~

tunjuk kat budak-budak memang tergoda punyer lah.... agak-agak jatuh x cincin-cincin nie kalo di terbalikkan ke bawah.. hmm.....?????

Sunday 15 April 2012

mango/mempelam/pauh..?

buah ape..?
semalam saya rasa nak makn sngat2 buah nie... saya adala  bg tahu suami nak makn sgt2 buah pauh putik.. sampaikan kami nak pergi cari kat kedai.  x tahu lar kanape mlut nie rasa nak makan pauh cicah colek kicap.

tetibe dengan rezeki Allah S.W.T memang kebetulan sangat2 dahan pkok pauh dkat  umah patah, suami ambilkan sebiji buah to untuk saya. besar sangat buah to.. maloncat riang la saya bila suami tnjuk buah yang dia ambil. yang romantiknya kami makan colek pauh bersama2 tau.. sampai mnjilat jari..hehe.. memang rasa bertuah sangatlah lah semalam hajat nak makan 2 tercapai.

 
rezeki....ku
skarang musim buah mempelam dah laa.. seluruh tempat yang saya pergi ada pkok mempelam yang berbuah lebat. pendek kata seluruh kampung adn bandar pelbagai jenis pokok mempelam dah berbuah. mana2 pokok yang belum berbuah lg to harap2 tuannya bersabarlah yee..

saya dari kecil sampai ke besar memang suka makan buah pauh.. buah pauh nie boleh di makn dengan banyak cara... saya pernah makan buah nie cicah garam sahaja , ada cicah gula, ada cicah garam campur gula, ada cicah kicap, ada makan dengan belacan sahaja, ada cicah serbuk asam masin, ada sapu asam masin yang bentuk biji kt buah baru gigit makan, hiris-hiris jerukkan, ada jeruk air gula, ada jeruk pedas.. makan kerabu buah mangga pn sedap. macam2 la.. kalo nak di ceritakan..... semuanya sedap kalo kena taim2 yang teringin betul2.. 

apa2 pn saya berterima kasih dkat Allah S.W.T yang Maha Pemberi rezeki dan x lupa juga suami tercinta.

Saturday 7 April 2012

Bomoh Patah

pecaya atau tidak...? penah dengar atau tidak...? saya ada cerita tntang bomoh patah.
ada banyak cerita saya dgar tentangnya.. tapi saya nak ceritakan kes yang terbaru aje lah yee...

semalam saya dapat berita dari emak, 3 hari lepas adik sepupu perempuan brumur 6tahun terjatuh dari tangga rumah dia bergolek2 sampai ke tanah. sedang dia asyik bermain di anjung dapur rumah oleh kerana kebuasan seorang kanak-kanak nie pun boleh terjatuh, tulang pergelangan tangannya patah dengan takdir Yang Maha Esa lagi Berkuasa.. korang bayangkanlah.. bagaimana perasaan ibu bapanya bila mndapati anak kandung mendapat kecelakaan begitu..semestinya perasaan teramat2 risau memang wujud.

Dikhabarkan.. setelah anak ini mngadu kesakitan,ibu bapanya telah mngambil keputusan  mmbawa anaknya berjumpa dengan bomoh patah untuk merawat tempat yang sakit. Pada fikiran ibu bapanya, kemungkinan anaknya mgalami kcederaan dalaman. Untuk mendapatkan rawatan yang palin cepat dan memudahkan urusan.. tanpa munggu lama d klinik atau hspital ataupn sebab2 mereka yang lain tanpa saya ketahui... bomoh diberi tanggungjawab untk merawat anaknya.

Anaknya d bawa pulang ke rumah dgan keadaan tangan berbalut kain perca dgan harapn pulih seperti sediakala. 2 hari kemudian anak mngadu kesakitan dan sukar menggunakan fungsi tangannya itu. ayah mngambil keputusan mbawa anaknya ke klinik kesihatan terdekat untuk pemeriksaan yang lebih arif. ayah diberitahu oleh  pegawai kesihatan bhawa kecederaan anak adalah serius perlu mndapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut di hospital kerajaan.

anak dibawa ambulan untuk rujukan pakar di hospital. setelah d x-tray sah lah pergelangan tangan anak patah dan perlu di balut simen sbagai langkah pertumbuhan semula sel-sel tulang dengan betul. keesokkan  setelah simenkan. anak d bawa pulang ke rumah. sekarang masih dalam keadaan pemulihanlah...

dari kisah ini, sebagai msyarakat y perihatin renung2kanlah..... baik y trsurat mahupn tersirat....

Monday 2 April 2012

vitamin menjadi racun

sebenarnya kita x perlulah beria2 sgat u ambil makanan tambahan @ suplement.
vitamin dam mineral perlu u tubuh manusia dalam jumlah y kecil sahaja.. sekadar cukup untuk pastikan pertumbuhan normal, kawal kesihatan dan cegah pnyakit.

 
keperluan tubuh manusia

pngambilan brlebihan akan undang mudarat tau! vitamin larut lemak (A,D,E,K) berada lebih lama dalam badan kita berbanding vitamin larut air. vitamin boleh menjadi racun 'toksid' dalam badan sekiranya dose yang berlebihan diambil dalam jangka masa y pnjang tanpa saranan farmasi @ doktor.

Contoh2 keracunan vitamin

keracunan vitamin A
kulit: kering, gatal, kemerah2an, bersisik
kuku: rosak, kering
rambut: rapuh, gugur
tulang rapuh, hidung berdarah, kerosakan hati, kecacatan pd bayi dalam kandungan ibu.



keracunan vitamin D
mnyebabkan kandungan kalsium tinggi di dalam darah.
badan seseorang akan merasa lemah, sering keletihan, mengantuk, sakit kepala, loya, muntah2, sakit perut, cirit-birit, sembelit, sakit otot, dan tulang. jika tidak d rawat akan myebabkan kegagalan fungsi buah pinggang dan jantung.



keracunan vitamin E & K
boleh mgakibatkan loya, muntah, cirit-birit, gastrik,  menggangu kepekatan darah dalam tubuh dan berlaku perubahan pada najis.






nielah antara kesan2 yang dpat kita kongsi... vitamin bukan mcam gula-gula ye.. nak makan dapatkan nasihat yang pakar. sebaiknya ambillah vitamin daripada sumber alam dalam kuantiti yang berpatutan.

sayangilah
 fungsi hati

walaupun hanya vitamin, ia perlulah d simpan pada tempat yang selamat dari kanak-kanak dan berada pada suhu y sepatutnya untuk mnjaga kualiti vitanmin dan tidak mudah u kanak-kanak mencapai. kanak-kanak d syorkan mengambil dalam dos 'sukatan' yang sepatutnya untuk mngelak drpd keracunan akibat dos yang berlebihan..

sumber:iSIHAT 07/2011